Welcome
Username:

Password:


Remember me

[ ]
[ ]
Waktu Solat
Best viewed with Mozilla Firefox
Pautan IPT
kuim.gifmmu.gifuniversiti-malaysia-sabah.gifutm.gifuum.gifupsi.gifkukum.gifkustem.gifoum.gifusm.gifupm.gifkuktem.gifkuittho.gif
 
Posted by admin on Wednesday 18 February 2009 - 23:35:04email to someone printer friendly create pdf of this news item
4 U TO DOWNLOAD ANYTHING
DOWNLOAD
Submitted by kan_kpli1G
 
Posted by admin on Wednesday 28 January 2009 - 20:29:46email to someone printer friendly create pdf of this news item
lake.jpg

Texas-Bayangkanlah sebuah kolam dengan air hijau jernih. Batu yang besar membentuk bumbung di atas sebuah kolam. Sebuah air terjun meluncur dari atas . Ini lah dia sebuah kolan yang diberi nama Hamilton Pool di Texas, AS, sebuah kolam renang ciptaan Tuhan.
lake1.jpg

Kolam semula jadi ini ditemui buat pertama kali pada tahun 1800-an. Dahulunya, kawasan ini dimiliki oleh keluarga petani. Namun kerana mereka menyedari akan potensi alam yang ada di sana, maka area ini akhirnya dibuka untuk umum. Kolam alam yang boleh juga dipanggil sebagai danau ini dikenal dengan nama Hamilton Pool. Terletak di Travis, Austin, Texas, AS.

lake2.jpg
lake3.jpg

lake4.gif
 
Posted by admin on Wednesday 11 April 2012 - 11:30:12email to someone printer friendly create pdf of this news item
Pencipta Kamera Adalah Saintis Islam

nikon.jpg
 Suratkhabar terkemuka di Barat, The Independent pada edisi 11 Mac 2006 telah menerbutkan sebuah artikel yang sangat menarik bertajuk ”Bagaimana Pencipta Muslim Mengubah Dunia. Salah satunya adalah pencipta kamera obscura. Kamera merupakan salah satu penemuan penting yang dicapai oleh umat manusia. Dengan flash dan tembakan kamera, manusia dapat merakam dan mengabadikan pelbagai bentuk gambar bermula dari sel manusia hingga galaksi di luar angkasa.

Teknologi pembuatan kamera, kini dikuasai peradaban Barat serta Jepang. Sehingga, banyak umat Muslim yang meyakini kamera berasal dari peradaban Barat. Jauh sebelum masyarakat Barat menemuinya, prinsip-prinsip asas pembuatan kamera telah dicetuskan seorang sarjana Muslim lebih kurang 1,000 tahun silam. Penemu prinsip kerja asas kamera itu adalah seorang saintis legenda Islam yang bernama Ibnu al-Haitham.
Pada akhir abad ke-10 Masihi, Al-Haitham berjaya mencipta sebuah kamera obscura. Itulah salah satu karya al-Haitham yang paling berkesan. Penemuan yang sangat inspiratif itu berjaya dilakukan al-Haithan bersama Kamaluddin al-Farisi. Mereka berdua berjaya meneliti dan merakam fenomena kamera obscura. Penemuan itu bermula ketika mereka mempelajari gerhana matahari. Untuk mempelajari fenomena gerhana, Al-Haitham membuat lubang kecil pada dinding yang membenarkan cahaya matahari diunjurkan melalui permukaan datar.
nikon_alhaitham.jpg
Kajian ilmu optik serupa kamera obscura itulah yang menjadi asas cara kerja kamera yang pada masa ini digunakan umat manusia.
Dari kamus Webster, fenomena ini diertikan sebagai “ruang gelap”. Biasanya bentuknya seperti kertas kardus dengan lubang kecil untuk masuknya cahaya.

Teori yang dipecahkan Al-Haitham itu telah memberi ilham penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada penonton.
“Kamera obscura pertama kali dibuat saintis Islam, Abu Ali Al-Hasan Ibnu al-Haitham, yang lahir di Basra (965-1039 M),” ungkap Nicholas J Wade dan Stanley Finger dalam karyanya berjudul The eye as an optical instrument: from camera obscura to Helmholtz’s perspective.
nikon_obscura-camera.jpg
 Dunia mengenal al-Haitham sebagai perintis di bidang optik yang terkenal melalui bukunya bertajuk Kitab al-Manazir (Buku optik). Untuk membuktikan teori-teori dalam bukunya itu, legenda pakar fizik Islam itu kemudian menyusun Al-Bayt Al-Muzlim atau lebih dikenali dengan sebutan kamera obscura, atau kamar gelap. Bradley Steffens dalam karyanya berjudul Ibn al-Haytham:First Scientist mengungkapkan bahawa Kitab al-Manazir merupakan buku pertama yang menjelaskan prinsip kerja kamera obscura. “Dia merupakan saintis pertama yang berjaya memprojeksikan seluruh gambar dari luar rumah ke dalam gambar dengan kamera obscura,” papar Bradley.

Istilah kamera obscura yang ditemui oleh al-Haitham pun diperkenalkan di Barat sekitar abad ke-16 Masihi. Lima abad setelah penemuan kamera obscura, Cardano Geronimo (1501 -1576), yang terpengaruh dengan pemikiran al-Haitham mulai mengganti lubang bidik lensa dengan lensa (camera). Setelah itu, penggunaan lensa pada kamera onscura juga dilakukan Giovanni Batista della Porta (1535-1615 M). Ada pula yang menyebutkan bahwa istilah kamera obscura yang ditemukan al-Haitham pertama kali diperkenalkan di Barat oleh Joseph Kepler (1571 – 1630 M). Kepler meningkatkan fungsi kamera itu dengan menggunakan lensa negatif di belakang lensa positif, sehingga dapat memperbesar projection gambar (prinsip digunakan dalam dunia lensa foto jarak jauh moden).
nikon_alhaitham2kamera.jpg
Setelah itu, Robert Boyle (1627-1691 M), mulai menyusun kamera yang berbentuk kecil, tanpa kabel, jenisnya kotak kamera obscura pada 1665 M. Setelah 900 tahun dari penemuan al-Haitham piring-piring foto pertama kali digunakan secara statik untuk menangkap gambar yang dihasilkan oleh kamera obscura. Gambar statik pertama diambil oleh Joseph Nicephore Niepce di Prancis pada 1827. Tahun 1855, Roger Fenton menggunakan plat kaca negatif untuk mengambil gambar dari tentera Inggeris semasa Perang . Dia mengembangkan plat-plat dalam perjalanan bilik gelapnya. Tahun 1888, George Eastman mengembangkan prinsip kerja kamera obscura ciptaan al-Hitham dengan baik sekali. Eastman menciptakan kamera kodak. Sejak itulah, kamera terus berubah mengikuti perkembangan teknologi. Sebuah versi kamera obscura digunakan dalam Perang Dunia I untuk melihat kapal terbang dan pengukuran perfomance.
nikon_alhaithamobscura.jpg
Pada Perang Dunia II kamera obscura juga digunakan untuk memeriksa ketepatan navigasi radio. Begitulah penciptaan kamera obscura yang diilhamkan al-Haitham mampu mengubah peradaban dunia. Peradaban dunia moden tentu sangat berutang budi kepada ahli fizik Muslim yang lahir di Kota Basrah, Iraq. Al-Haitham semasa hidupnya telah menulis lebih dari 200 karya ilmiah.

Semuanya didedikasikannya untuk kemajuan peradaban manusia.
Sayangnya, umat Islam kini lebih terpesona kepada pencapaian teknologi Barat, sehingga kurang menghargai dan mengulangi pencapaian saintis Islam di era kejayaan Islam.
 
Posted by admin on Wednesday 11 April 2012 - 11:20:02email to someone printer friendly create pdf of this news item
KESAN TABLET PC PADA KANAK-KANAK
tablet_pc.jpg

Komputer tablet adalah teknologi yang dapat membantu pendidikan anak, tetapi penggunaannya harus dipantau untuk memastikan agar tidak menimbulkan masalah kepada perilaku dan cara belajar anak.

Menurut survey pada akhir tahun 2011 terhadap 2,200 orang dewasa dan kanak-kanak di Eropah dan Amerika, 15 peratus dari kanak-kanak berumur 3-8 tahun telah menggunakan iPad ibu bapa mereka. 9% dari kanak-kanak tersebut memiliki iPad sendiri, sedangkan 20 % memiliki iPod seperti di dari medindia, Rabu (4/4/2012).
Sebanyak 77 % ibu bapa percaya bahawa penggunaan gadget seperti tablet berguna kepadakanak-kanak untuk membantu mengembangkan kreativiti.

Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
“Adalah tidak salah untuk cenderung menyalahkan gadget seperti tablet untuk masalah perkembangan anak.

Tablet mungkin memiliki hubungan sebab masalah tersebut, tetapi yang perlu ditegaskan adalah bagaimana kawalan ibu bapa terhadap batas penggunaannya,” kata Lisa Guernsey, Pengarah yayasan Early Education Initiative, Amerika.
Untuk mengetahui sejauh mana tablet mempengaruhi perkembangan anak, anda boleh mencuba mengajak anak-anak anda berbual-bual ketika anak-anak tersebut sedang seronok bermain dengan tabletnya.

 BOlehkah anak fokus terhadap percakapan selama 30 minit sahaja tanpa melihat ke layar tablet?
“Anda tidak perlu panik mengatasi masalah tersebut. Otak anda akan berubah sepanjang waktu, setiap kali anda mempelajari sesuatu yang baru,” kata Annie Murphy Paulus, penulis buku How the Nine Months Before Birth Shape the Rest of Our Lives.

 “Jangan biarkan tablet menjadi pengasuh elektronik untuk anak anda. Bataskan waktu penggunaan tablet dan selalu dampingi anak-anak anda ketika bermain dan belajar dengan tabletnya,” kata Warren Buckleitner, seorang editor Children’s Technology Review.

taken frm isuhangat.net.
 
Posted by admin on Wednesday 11 April 2012 - 11:09:56email to someone printer friendly create pdf of this news item
BERHATI-HATI DGN 'WALL FACEBOOK'
wall0.jpg

Mark Elliot Zuckerberg (lahir pada 14 Mei 1984 yang menjadi CEO facebook pada mulanya hanyalah seorang programmer komputer dan peniaga Internet sperti diketahui adalah seorang Yahudi.

Facebook dibangunkan pada tahun 2004 oleh Zuckerberg dan teman sekuliahnya iaitu Dustin Moskovitz, Eduardo Saverin, dan Chris Hughes ketika menjadi mahasiswa di Universiti Harvard. Pada tahun 2010, Zuckerberg terpilih sebagai Person of the Year versi majalah Time
1.1256135699.the-wailing-wall.jpg
.Pada 2011, kekayaan peribadinya dianggarkan lebih kurang $17.55 billion. Ada pihak yang mengaitkan Wall di Facebook adalah berdasarkan The Wailing Wall atau dalam bahasa Melayu Tembok Ratapan. Di dinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka,meluahkan harapan,ratapan dan segalanya.

Itulah tujuan mereka membuat FB. Tembok Meratap atau Tembok Barat (Bahasa Ibrani: הכותל המערבי, translit.: HaKotel HaMa’aravi) (Bahasa Arab: حائط البراق‎, translit.: Haa-et Al-Buraaq) ialah satu tempat yang penting dan dianggap suci oleh orang Yahudi mahupun Muslim. Ini adalah sisa tinggalan dinding Bait Suci Kedua di Baitulmuqaddis yang dibangunkan oleh Nabi Sulaiman A.S, putera Nabi Daud.

Bagi umat Muslim, dinding ini juga merupakan sebahagian dari dasar binaan Masjid al-Aqsa dan Masjid Omar (Arab: قبة الصخرة, Qubbat As-Sakhrah), serta diyakini sebagai gerbang tempat berangkatnya Nabi Muhammad s.a.w. dari Baitulmuqaddis ke Syurga (mikraj) dengan menaiki Buraq.
obama-wailing-wall1.jpg
Panjang tembok ini pada asalnya adalah sekitar 485 meter, tetapi kini panjangnya hanya tinggal 60 meter sahaja. Orang Yahudi percaya bahawa tembok ini tidak ikut hancur sebab di situlah terletaknya “Shekhinah” (Arab: Sakinah) (kehadiran Ilahi).

 Jadi pada mereka, berdoa di situ sama ertinya dengan berdoa kepada Tuhan.
wall-mengadu.jpg
 
Posted by admin on Monday 27 February 2012 - 22:45:19email to someone printer friendly create pdf of this news item
Ketahui Teknik Penipuan Internet Warga Afrika

afrika0.jpg


afrika01.jpg
Gambar lelaki berkulit putih, lazimnya digunakan untuk mengelirukan mangsa bakal ditipu turut ditemui.
Modus operandi mereka terbabit dalam kegiatan penipuan melalui internet tidak sukar dikesan jika pembaca mengetahui maklumat lengkap.
afrika02.jpg
Warga Nigeria, barangkali tinggal di Kepong, Puchong atau Cheras, menyamar menggunakan identiti serta ikon lelaki warga Eropah di laman sosial seperti Facebook. Bakal mangsa kemudian ditaburkan dengan kata-kata dan janji manis bergantung kepada jantina.
afrika03.jpg
Jika bakal mangsa itu wanita, lelaki Nigeria menyamar lelaki kacak dan bergaya.
Kerapkali setelah mangsa tergoda, suspek mendakwa berhasrat menghantar bungkusan mengandungi barangan bernilai seperti wang tunai dan peralatan elektronik.
Mereka kemudian memaklumkan mangsa melalui panggilan telefon kononnya bungkusan terbabit dirampas oleh pihak berkuasa Malaysia atau diminta untuk melunaskan bayaran penghantaran bungkusan terbabit mencecah ribuan atau jutaan ringgit.
afrika04.jpg
Pembayaran dibuat menggunakan akaun peribadi dimiliki oleh rakyat tempatan bersekongkol dengan suspek. Sebaik wang dituntut didepositkan dan mencukupi bagi mereka, semua suspek lenyap bersama janji manis sejak perkenalan bermula.
Justeru tidak hairan jika suspek hidup mewah manakala mangsa ditinggalkan papa kedana. Mangsa bukan sahaja kerugian wang tetapi berkesudahan dengan tubuh diratah puas oleh lelaki kononnya mencintai mereka.
Untuk rekod, tahun lalu, rakyat Malaysia dilaporkan kerugian lebih 1 bilion ringgit akibat diperdaya oleh sebilangan warga Afrika.
afrika05.jpg
Dalam operasi semalam sejumlah wang dipercayai palsu dijumpai di rumah terbabit dan suspek juga didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah. Mereka direman untuk melengkapkan siasatan.

afrika06.jpg



Kepada semua pegawai dan anggota polis JSJK, usah sesekali berasa jemu melaksanakan tugasan dihujani dengan pelbagai cabaran getir kerana khidmat mulia itu, InsyaAllah mendapat balasan setimpal dari Allah. Kepada semua rakan Facebook dan pembaca blog, mohon sebarkan kandungan entri ini supaya kita bersama mampu untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman di kalangan wanita warga Malaysia agar mereka tidak terus diperangkap dan diperbodohkan oleh lelaki warga Nigeria.
Kredit : Nukilan Mazidul Akmal Sidik
 
Posted by admin on Friday 06 January 2012 - 21:29:06email to someone printer friendly create pdf of this news item
Nama-nama Jin


Elakkan memberi nama anak dari nama-nama ini… Ababah                                    Badramah                               Chonnas Abaha                                       Badru                                       Chonjab

Abak                                          Badzuu                                    Fahlus

Abanus                                     Baekasin                                 Fadlal Abbah                                       Bahba                                      Ghaul Aburuin                                   Bahdru                                    Gahram

Aburu’yin                                Bahtah                                    Ghaur

Abubahri                                 Bahthir                                   G i n a n Abuhat                                     Bahyuth                                 Grufu Abukanah                               Bahhaela                                Haakani

Abukankan                             Bajraami                                Haakun

Abusimah                               Bakturus                                H a b Abusiman                               Balbayat                                H a b a  

 

Abusyi’in                                 Balbayatah                          Hababa Abyad                                       Balkia                                     Hababat Adida                                        Barabih                                 Habainahaba

Adnabur                                  Barbainah                            Habanus

Adzak                                        Barbaitah                             Habasan Ahbasin                                    Barbaran                              Habbat

[ Read the rest... ]
 
Posted by admin on Saturday 24 December 2011 - 20:31:15email to someone printer friendly create pdf of this news item
WINDOWS 8
PERANCANGAN PELANCARAN WINDOWS 8: Isnin, 7 Januari 2013

Microsoft Windows atau yang lebih dikenali dengan panggilan Windows adalah dari sistem operasi yang dikembangkan oleh Microsoft, dengan menggunakan antaramuka grafik pengguna.
Sistem operasi Windows telah berevolusi dari MS-DOS, sebuah sistem operasi yang berbasis modus teks dan command-line. Windows versi pertama, Windows Graphic Environment 1.0 pertama kali diperkenalkan pada 10 November 1983. Microsoft Windows kemudian berkembang dan dapat menguasai penggunaan sistem operasi sehingga 90%.

win8.jpg

windows8.jpg
winn8.png

windows8conceptscreensh.jpg
windows8superbar2511391.jpg


 
Posted by admin on Saturday 24 December 2011 - 20:25:58email to someone printer friendly create pdf of this news item
Rawatan Alternatif

Rawatan Alternatif Hj Zubir@Zabir

depan rumah Hj Zubir

hari rawatan dah tukar. Isnin -Khamis 10am-4pm
 
 
 
 


[ Read the rest... ]
 
Posted by admin on Wednesday 21 December 2011 - 21:12:42email to someone printer friendly create pdf of this news item
Go to page       >>  
Tiada Sebarang Aktiviti Bulan Ini.

SMTWTFS


12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031

Chatbox
You must be logged in to post comments on this site - please either log in or if you are not registered click here to signup



admin
16 Mar : 00:04
lots of things u can get here...frm my fren websites
http://eduworld.com.my/news.php

admin
04 Dec : 19:46
Kepada sesiapa yang mendaftar sebagai ahli. Anda perlu menunggu untuk admin mengaktifkan akaun anda untuk anda LOGIN. TQ


Other News
Other News
InfoLINK
PIPP
Pelan Induk Pembangunan
Capaian Interaktif
flash.gifreader.gif
PENAFIAN:
Admin tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

© hasnul.info
Tarikh akhir dikemaskini: 01 Nov 2011